Foods Home Reviews Travel

Tempat dan Makanan best anda perlu cuba di Jaipur, India

Bagi seseorang yang sangat beminat dengan budaya, keunikan, makanan dan sejarah sesuatu tempat, India merupakan negara yang paling aku minati untuk ber’backpacking’. Keunikan India membuatkan setiap pengembara akan mahu berulang-ulang ke negara ini walaupun sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke sini. Kali ini, aku dan beberapa rakan aku mengembara Jaipur pula, yang terletak di Rajasthan.

Tiket ke Jaipur

Trip kalini aku berpeluang untuk ke Jaipur lepas Air Asia buka new route to Jaipur. Masa aku pergi ni, Air Asia baru je bukak new route ni so harga tiket tak lah terlalu mahal. Lagipun, kita semua tau yang Air Asia pun memanglah Award Winning World’s Best Low-Cost Airline. So, tambang memang murah la nak ke Jaipur ni tak sampai RM1K pun. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jaipur tidaklah begitu lama iaitu sekitar 6 jam penerbangan sahaja. Pada pendapat aku, masa yang baik untuk melawat Jaipur adalah pada musim sejuk iaitu semasa bulan Januari sehingga Mac.

 

Jaipur street

 

Kami tiba di Jaipur International Airport pada waktu malam. Keluar sahaja dari Airport, ramai pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan teksi namun kami memilih perkhidmatan Uber yang boleh dipercayai. Selain Uber, anda boleh mencuba ‘Ola’, sebuah apps pengangkutan awam yang juga mudah dan boleh dipercayai.

 

Di mana mahu menetap di Jaipur

Kami menetap di sebuah boutique hotel bernama Times Flute Hotel di kawasan Shira Hiva. Aku memilih kawasan ini kerana selain dekat dengan pelbagai tempat tarikan, tempat makanan dan sebagainya. Kawasan ini juga lebih sunyi dan selamat kerana terletak berdekatan sekolah dan balai polis. Oleh sebab salah seoarang rakan aku juga mempunya masalah alergi, dan mahu tempat yg selesa, Oleh itu kalini aku menetap di Hotel ini kerana bukan je harganya murah, tapi berbaloi. Harga jika book di Agoda lebih kurang RM 80 untuk satu malam.

 

Tempat yang wajib pergi di Jaipur

1. Hawa Mahal

Tidak lengkap jika ke Jaipur dan tidak melawat Hawa Mahal, sebuah tempat yang cukup sinonim dengan Jaipur. Bangunan berwarna pink dengan jumlah tingkap yang banyak ini dibina daripada batu pasir merah. Hawa Maha ini dibina pada tahun  1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh. Jika ke Hawa Mahal ini, anda pasti perlukan lebih kurang sehari untuk berjalan kerana Hawa Mahal ini terletak di tengah-tengah tempat membeli belah. Di sini, anda boleh membeli pakaian, beg, aksesori, dan sebagainya. Paling menarik sekali, Jangan lupa untuk nikmati secangkir ‘Cai’ atau teh masala!

 

Hawa Mahal

 

2. Albert Hall Museum

Tidak jauh dengan Hawa Mahal, anda boleh menaiki Tuk tuk dengan bayaran lebih kurang 20 Rupee ke Albert Hall Museum,  sebuah tempat tumpuan pelancong yang menyimpan pelbagai sejarah di dalam bangunannya.  Jika anda merupakan pelajar, jangan lupa tunjukkan kad pelajar anda kerana bayarn masuk ke sini lebih murah. Albert Hall ini menyimpan mempunyai koleksi artifak yang kaya termasuk lukisan, permaidani, gading, batu, patung logam, dan kerja-kerja hasil tangan yang diperbuat dari Kristal.  Ketika kunjungan kami, kami amat tertarik dengan rekabentuk dan kecantikan Muzium ini namun malang sekali pengabilan gambar dengan kamera tidak dibenarkan. Oleh itu, kami Cuma boleh menggunakan telefon bimbit dan tiada ‘flash’ bagi menjaga muzium tertua di Rajasthan ini.

Albert Hall

 

3. Nahargarh Fort

Aku dan rakan berpeluang untuk melihat matahari terbit di Jaipur. Pada awal subuh, kami telah menaiki Ola untuk ke Nahargarh Fort yang terletak nun jauh di atas Bukit Aravalli Hills. Perjalanan dari Bandar Jaipur ke Fort ini mengambil masa lebih kurang 30 minit menyusuri jalan kecil berliku-liku ke atas bukit ini. Namun, pemandangan dari Nahargarh Fort ini sungguh cantik menampakkan tasik dan seluruh Bandar Jaipur.

Nahargarh dan 2 lagi Fort berdekatan merupakan kubu pertahanan yang kuat untuk bandar. Kubu itu pada asalnya bernama Sudarshangarh, tetapi ia dikenali sebagai Nahargarh, yang bermaksud ‘tempat harimau’. Kepercayaan popular menyatakan di Nahargarh ini terdapat Nahar Singh Bhomia, yang semangatnya menghantui tempat itu dan menghalang pembinaan kubu.  Semangat Nahar tenang dengan membina kuil dalam ingatannya di dalam kubu, yang kemudiannya dikenali dengan namanya.

Memandangkan aku dan rakan melawat Nahargarh ini pasa waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan bersiar di dalam kubu ini pada waktu ianya baru sahaja dibuka. Kami pulang awal dan agak susah untuk menempah Uber dari Nahargarh itu kerana ianya sangat jauh dari Bandar dan nun jauh di atas bukit. Oleh itu, kami nekad untuk ‘hitchhiked’ atau menumpang sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu. Bertuahnya, kami berjaya menumpang seorang lelaki lewat 50-an menaiki motosikalnya untuk turun dari Bukit Aravalli ini.

 

4. Jal Mahal

Di bawah Bukit Aravalli, kami berkunjung pula ke Jal Mahal, sebuah istana yang terletak di tengah-tengah Tasik Man Sagar. Istana dan tasik ini sungguh cantik dan telah diubahsuai dan dibesarkan pada abad ke-18 oleh Maharaja Jai ​​Singh II. Terdapat banyak itik di tasik ini dan kelihatan beberapa pegunjung memberi makan. Menurut penduduk setempat, Jal Mahal ini sungguh menarik untuk dilawati semasa matahari terbenam kerana pada waktu malam, Istana ini akan dipasangkan lamu yang sungguh cantik.

 

Makanan yang wajib korang cuba di Jaipur! 

Sebagai pencinta makanan, aku amat gemar untuk merasai sendiri makanan yang terdapat di Jaipur. Antara makanan yang saya rasakan begitu sedap adalah nasi biryani dan lauk yang terdapat di Restoran Muhammadi. Restoren ini terletak berdekatan Stesyen metro Chandpole Gate dan berdekatan juga dengan Sanjay Circle. Ianya dijamin halal, tempatnya bersih dan harganya sangat murah. Antara makanan yang wajib anda cuba adalah nasi biryani bersama Mutton Korma, mutton stu, mutton Kabelidan Mutton Handy.Hidangan ini juga turut dimasak bersama daging ayam. Bayangkan, aku dan 3 lagi kawan aku order begitu banyak makanan dan berpinggan nasi, tapi jumlah keseluruhan cuma hampir RM50 sahaja!

picture source – google

Selain itu, anda juga perlu mencuba sendiri ‘streetfood’ iaitu Sandwich Goreng Jaipur yang terletak berdekatan Hawa Mahal. Walaupun ianya dijual di tepi jalan, jangan risau kerana makanan tersebut bersih dan tutup. Harga untuk roti itu juga lebih kurang dalam RM1 sahaja dan ianya bersaiz besar. Jangan terkejut jika anda membeli banyak kerana aku dan rakan juga makan sehingga 3 keping sandwich kerana rasanya yang sedap itu!

 

Jaipur sememangnya merupakan antara tempat yang menarik di daerah Rajasthan, India. Aku  begitu kagum kerana walaupun sudah maju, Jaipur ini masih mengekalkan bangunan-bangunan lama dan bersejarah yang menampakkan keunikan bandar ini.Bangunan-bangunan masih lagi dikekalkan dan diperbaharui dengan menggunakan warna asal merah jambu dan tidak peliklah jika Jaipur dikenali sebagai ‘Pink City’ dan digemari pelancong samada pencinta ‘street photography’, seni, fesyen, makanan, budaya, sejarah mahupun mereka yang gemar membeli belah.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.