Home Travel

Tana Toraja, Misteri Sulawesi

“Ada’ Todolo Mandiong Tangdisurrukki, Madiong Tangditengkai”, berkali-kali Pak Burhan, dari Pariwisata Indonesia ulang perkataan ini ketika aku di  Toraja, Sulawesi. Pepatah ini memberi maksud adat dan ritual yang unik ini perlulah dikekalkan agar tidak hilang dek ditelan zaman yang bagi aku merupakan salah satu sebab Toraja ini unik, menarik dan memikat hati para pengunjung.

Toraja terletak dekat mana? 

Toraja merupakan sebuah daerah yang terletak di Sulawesi, Indonesia. Ianya dipanggil “Tana Toraja” yang membawa maksud tanah penduduk toraja. Kawasan toraja ini boleh dikatakan sangat cantik kerana ianya terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan gunung dan bukit bukau.

Cara ke Toraja

Aku tiba di Lapangan Terbang sultan Hassanuddin Makassar dengan menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur lebih kurang dalam 4 jam . Sepanjang perjalanan, aku tidak dapat tidur kerana mana tidaknya, pemandangan dari tingkap kapal terbang yang sungguh indah menampakkan pulau-pulau kecil Indonesia.  Setiba di Makassar, aku berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke Toraja yang memakan masa 12 jam melalui jalan darat dengan menaiki bas.

Tempat menarik di Toraja

1.Gunung Nona

Perjalanan dari Makassar ke Toraja tidak membosankan kerana akan melalui jalan-jalan kampung, laut dan hutan yang cantik. Separuh dari perjalanan  ke Toraja, bas kami berhenti di sebuah warung yang bernama “Erotic café” terletak di ‘Bamba Puang’ yang bermaksud tangga ke syurga. Dari Kafe itu korang akan nampak kawasan bukit bukau menghijau dan itulah Gunung Nona

Kalau korang nak tau, gunung tu dianggil Gunung Nona sebab bentuk gunung tu macam bentuk kemaluan wanita. Bila supir lelaki yang cerita pasal asal usul nama gunung tu, aku yang jadi malu :’)

 

2. Pallawa

Macam yang korang tau, Toraja cukup terkenal dengan ritual, budaya dan kisah masyarakatnya yang sungguh unik dan menarik. Bagi aku, jika kita ingin mengenali budaya atau cerita mengenai sesuatu kaum itu, kita haruslah mendengar cerita dari orang tempatan, mengunjungi dan menghayati sesuatuntempat tersebut. Oleh itu, aku mengunjungi Pallawa iaitu kawasan penempatan masyarakat Toraja. Pllawa mempunyai 11 tongkonan dimana setiap tongkonan tersebut menempatkan beras untuk simpanan. Usia kebanyakan tongkon di Pallawa ini sudah berusia ratusan tahun dan binaanya juga begitu unik dan kukuh. Aku  begitu kagum dengan setiap tongkonan yang ada di Pallawa ini kerana ianya sungguh cantik dengan ukiran yang seperti menceritakan sesuatu dan hasil seninya yang tidak terkata uniknya.

 

3.Pasar Bolu

Kerbau merupakan haiwan yang cukup sinonim buat masyarakat toraja. Ianya digunakan dalam pelbagai ritual dan kepercayaan bagi kaum ini. Samada semasa majlis perkahwinan, upacara ritual sehinggalah ke majlis kematian, kerbau merupakan binatang yang paling penting untuk digunakan. Malahan, kerbau juga memnentukan kelas sosialis penduduk toraja. Saya berkesempatan untuk ke Pasar Bolu, sebuah pasar yang menjual kerbau. Terdapat ratusan ekor kerbau di sini dengan warna, jenis dan harga yang berbeza-beza.  Pasar Bolu ini juga menjadi tempat jual beli buat masyarakat Toraja dimana Kerbau tersebut ada yang dijual sehingga mencecah harga RM60 000.

 

 

4. Lemo

Lemo sering dirujuk sebagai rumah kepada roh. Lemo ini boleh dikatakan sebagai kawasan perkuburan yang menggabungkan kesenian, ritual dan juga kematian. Di pintu masuk Lemo ini, korang dapat tengok banyak Tao Tao, patung yang diukir menggunakan kayu atau bukuh  mengikut rupa si mati. Pada waktu tertentu, upacara Ma Nene akan dijalankan di Lemo ini untuk menggantikan pakaian pada Tao Tao. Uniknya, mayat tidak ditanam di bawah tanah mahupun dibakar di bumi Toraja ini tetapi ianya di simpan di dalam gua mahupun di dalam batu yang ditebuk untuk menempatkankan mayat tersebut.

5. Tampang Allo

Satu lagi tempat tarikan pelancong di Toraja adalah Tampang Allo, Ianya merupakan sebuah gua yang juga menjadi tempat perkuburan yang terletak di kampung Kaero, daerah Sangalla. Tampang Allo ini merupakan tempat yang paling aku impikan untuk datang kerana sebelum ini aku selalu tengok dekat tv je.Di dalam gua ini, anda akan melihat ratusan rangka dan tulang manusia, Erong yang merupakan keranda diperbuat dari haiwan dan Tao- tao kerana gua ini merupakan gua dimana ianya menempatkan si mati.

Kubur ini terletak pada aras 807 meter dari laut, dan terletak 23km dari Bandar Rantepao. Semasa melalui kawasan perkuburan ini, anda dapat melihat kawasan sawah padi yang cantik menghijau di hadapan gua Tampang Allo.

6. Lolai

Selain pergi ke temoat-tempat mistik dan spiritual, jangan luoa untuk naik ke Lolai atau digelar Negeri di atas. Plaing cantik sekali kalau dapat pergi semasa matahari terbit.

Walaupun terletak jauh dari kawasan kampung atau daerah, Lolai ini senang untuk dikunjungi kerana terdapat fasiliti motorsikal, teksi serta bas sewa.

 

 

 

Toraja ini selain keunikan ritual dan tempatnya. Ianya juga membuatkan setiap yang hadir jatuh cinta kerana keamanan dan kesepakatan masyarakatnya. Bak kata penduduk toraja “ Misa kada di potuo patan kada dipomate” yang bermasud kesepakatan itu adalah kunci kepada keamana dimana ianya benar kerana kesepakatan penduduk toraja ini yang membuatkan tempat ini masih kekal dengan budayanya, tempat-tempat yang cantiknya serta kesejahteraan Tana Toraja ini.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.