Home Reviews Tech

Sony Action Cam 4K, Beraksi walau di bawah suhu paling rendah

Sony Action Cam 4k merupakan satu lagi produk keluaran sony yang menitikberatkan ciri-ciri tahan lasak. Kamera ini juga didatangkan dengan jam dimana anda boleh mengawal kamera tersebut dengan hanya satu klik di jam touchscreen tersebut!  Tambahan pula, Kamera ini menerapkan ciri aerodinamik dalam bentuknya dan ianya kalis air, kalis gegaran dan sangat mudah untik digunakan.

Saya menggunakan Sony Action Cam 4K ini dalam pengembaraan saya di Hokkaido dimana terdapat beberapa tempat yang saya pergi mempunyai suhu yang sungguh rendah sehingga -30 celcius. Menariknya, kamera-kamera lain dan telefon bimbit yang saya bawa ketika pengembaraan saya tertutup dengan sendirinya di bawah suhu tersebut namun tidak bagi Sony Action Cam 4K ini.Berikut adalah antara hasil gambar menggunakan Action Cam ini! 

Menariknya, Sony Action Cam ini mempunyai bentuk yang pandang dan kurus dimana ianya muat untuk dimasukkan di poket atau beg.  Ia juga boleh dikawal menggunakan jam di mana memudahkan saya untuk merekod timelapse dan beberapa gambar. Menainya, selain kamera anda juga boleh memuat turun aplikasi sony dimana anda boleh mengawalk kamera ini dari telefon bimbit anda dan menyimpan gambar atau video tersebut terus ke telefon anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.