Home Hotels Reviews

Review Tubotel Langkawi

Masa tulis artikel ni, aku still boleh teringat betapa best stay aku selama 4 hari 3 malam di Tubotel Langkawi. Angin pantai, bilik menghadap laut, dan of course enjoy sunset dari bilik aku je. Dalam artikel kali ni, aku nak review and cerita dekat korang satu hostel yang stay di Langkawi, which is Tubotel.

Tubotel merupakan sebuah hotel yang terletak di Pantai Chenang. Bagi aku, Tubotel ni sangat unik kerana design nya yang menarik, which is pengunjung berpeluang untuk rasa sendiri stay dalam concrete tube.

Bilik berbentuk tube

Aku dan kawan-kawan aku stay di seafront view. Kami mengambil 3 buah tubes dan setiap tube ini mempunyai ruang seperti balkoni yang menghadap pantai.

Tube ni mempunyai air cond dan didalam nya muat-muat untuk satu katil sahaja. Terdapat plug di hujung katil dan tempat menyimpan barang di bawah katil. Disebabkan ini konsep hostel, toilet di sini terletak diluar bilik, dikongsi bersama dengan traveler lain.

Walaupun toilet perlu share, korang tak perlu risau sebab toilet sendtiasa bersih dan korang tak perlu beratur untuk gunakan sebab terdapat banyak toilet disini. Toilet pun tidak jauh dengan bilik-bilik yang ada jadi pengunjung tak perlulah risau kena berjalan jauh untuk ke toilet.

Toilet
Girls, cermin ada dekat toilet but I suggest you to bring your own mini mirror

Sepanjang stay aku di sini, selain di bilik aku banyak menghabiskan masa di lounge area di sini. Di sini kita bolehlah berborak dan berkenalan dengan traveler lain. Tempat di sini juga sangatlah relax dan sunyi jika nak dibandingkan dengan hostel lain di Pantai Chenang.

Bagi aku, paling best sekali di Tubotel ni adalah view yang sangat spectacular. Bayangkan bangunĀ  je tidur dah nampak laut di depan anda. Kemudian, sunset view sangat lah cantik dan tenang di sini. Bukan itu sahaja, korang juga dapat melihat banyak kapal terbang yang lalu dari Tubotel ini.

Did I mention that I just witnessed best sunset here?

 

You may also like...