Home

Review Sushi Jiro, Sushi Sedap Dengan Harga RM3 Sahaja!

As a sushi lover, aku ni adalah manusia yang sentiasa craving nak makan sushi walaupun dalam sebulan aku rasa aku makan sushi lebih dari 3-4 kali. Aku pula jenis tak kisah samada sushi murah ke sushi mahal ke, semua aku bedal sebab nak rasa and compare kan. This time, masa lunch time aku terjumpa kedai sushi ni di MidValley. Jadi apa lagi, sushi lover macam aku mestilah kena try. This post adalah bukan paid review ke apa ye, jadi semua yang aku tulis ni adalah mengikut taste aku, gittuw!

Lihatlah keenakkan sushi ni. Tengah tulis ni pun terliur lagi!

Sushi Jiro ni ada beberapa cawangan. Kalau dekat KL ni, tak silap aku ada di Sunway Pyramid and Midvalley. Sushi Jiro ni tak ada halal certificate tapi kalau tengok dekat dorang punya web, dorg guna halal product and mirin cuma ada kat beberapa jenis makanan je which dorang ada mention. Sushi Jirin ni aku rasa walaupun product yang dia gunakan tu halal tapi dia tak certified halal sebab dorang ada hidangkan beer dari Japan tu jugak. Jadi, aku rasa tiada isu kot untuk makan di sini sebab InsyaAllah halal kecuali kalau diminum bersama beer, hahahha.

 

Cara nak order

Masa korang sampai and amek tempat duduk tu, korang akan diberikan kertas yang ada QR code, so kalau pengguna iphone korang just bukak camera and scan code tu and nanti korang terus direct to website. Just guna safari je, so takpayah susah nak kena download apps ke apa. Untuk pengguna android aku tak sure pulak. So nanti bila dah scan tu, korang boleh terus order macam step kat bawah ni. No 1 tu page bila korang masuk web ni, No 2, nak start order, No 3 pula bila dah siap order. Jangan risau, korang boleh je tambah order guna cara yang sama. Pastu nanti lepas dah order, bukan waiter ye yang hantarkan makanan kat korang, tapi kat belt tu ada dulang akan hantar terus kat depan meja korang. So cool!

 

 

Menu yang ada di Sushi Jiro

Nak cakap pasal menu, kat sini boleh dikatakan memang ada banyak menu lah untuk pinggan yang berharga lebih kurang RM3 . Kat atas belt sushi ni pun ada banyak jenis makanan korang boleh pilih, and kalau takde boleh lah order. Ada juga udon, aiskrim dalam menu, so kat bawah ni aku share lah menu untuk korang tengok!

Menu Sushi

 

 

Murah kan makanan-makanan yang ada. Kebiasaanya kedai sushi yang murah ni mesti menu macam egg mayo ke, tuna mayo ke corn ke yang membosankan. But this one, menu dia sangatlah best, ada kaki ketam tu, ada sashimi, macam-macam lah. Macam aku cakap tadi kalau nak order kan nanti bukan waiter yang hantar makanan kat korang tapi dulang macamni sampai betul2 depan meja korang

 

Makanan sampai depan meja dalam dulang ni

 

Kat bawah ni pula, aku nak share antara sushi yang aku try and dah officially jadi favourite aku

 

Salmon Tataki Mentai

 

You may also like...