Home Hotels Reviews

Review Novotel Hua Hin Cha Am

Selalunya kalau nak bercuti ke Thailand, ramai diantara yang membuat pilihan untuk melancong ke Bangkok, Phuket, Pattaya mahupun Phuket. Ramai yang tidak tau, warga Thai suka memilih untuk bercuti di Hua Hin.

Hua Hin merupakan sebuah bandar peranginan pantai yang terlatak di wilayah selatan Thai Prachuap Khiri Khan. Terkenal dengan pantai dan water theme park, tempat ni sangat sesuai untuk bercuti. Kalini, aku berpeluang untuk merehatkan diri ke Novotel Hua Hin. Dalam artikel aku kali ini, aku nak menceritakan review tentang resort ni dan tempat yang boleh dilawati di sekitar Novotel Hua Hin.

 

Hua Hin Novotel

Flight

Memandangkan Hua Hin semakin dikenali di kalangan rakyat Malaysia, terdapat direct flight dari Kuala Lumpur ke Hua Hin. Aku menaiki flight Air Asia ke Hua Hin and penerbangan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Novotel Hua Hin ni pula terletak 15 minit je dari Airport Hua Hin, jadi korang boleh lah pilih untuk menaiki grab ataupun pergi ke hotel menggunakan perkhidmatan airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel.

 

Best Hotel in Town

Sampai sahaja aku ke Hotel ni, aku terus ke lobi untuk check in. Proses check in boleh dikatakan sangat cepat dan simple. Malah, kesemua staff di bahagian receptionist boleh dikatakan boleh memahami dan berbahasa Inggeris dengan sangat lancar.

Antara sebab utama, aku dan pengunjung lain memilih hotel Novotel Hua Hin ini adalah kerana selain bilik dan fasiliti yang lengkap dan menarik, Novotel Hua Hin ni merupakan satu-satunya hotel di Hua Hin yang kesemua biliknya menghadap pantai. Jadi tak perlu risau untuk memilih bilik kerana sudah pasti kesemua bilik mempunyai view yang snagat cantik!

Aku menginap di Executive Suite di Novotel Hua Hin. Executive Suites ni dibahagikan kepada bahagian tidur dan kawasan seperti ruang tamu. Dilengkapi dengan wifi yang sangat laju (my favourite), Dua Flat-screen TV di bahagian tidur dan bahagian ruang tamu, mesin kopi, DVD Player dan of course view laut yang sangat cantik dari balcony bilik, bilik ni memang membuatkan aku betul-betul berehat dan bermalasan di dalam bilik yang sangat selesa ni!

 

Tambah menarik lagi, untuk tetamu eksekutif suite, aku mendapat beberapa faedah ekslusif penginaan aku termasuklah free local call, prioritize check in and check out, percuma dobi untuk 2 pasang baju. Bukan itu sahaja tetamu eksekutif juga dapat akses ke executive Lounge untuk breakfast, evening cocktail and canap├ęs dan refreshment termasuk soft drinks and snacks sepanjang hari!

Dekat Novotel Hua Hin ni juga ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain lepak dalam bilik, swimming and lain2. Macam aku, aku spent time berurut di spa and i have to say service sangatlah tip top. Lepastu, aku join juga class memasak makanan time di tepi pantai masa sunset.

Cooking class

 

Spa

 

Ocean Terrace Bar & Restaurant

Semasa penginapan aku di sini, aku berasa agak penat untuk keluar lunch di luar dan mencuba sendiri salah satu restaurant yang ada iaitu Ocean Terrace Bar & Restaurant. Restaurant ini terletak bersebelahan kawasan pool dan betul-betul di tepi pantai. Apa boleh aku katakana, makanan di Ocean Terrace Bar ni sedap dan memenuhi citarasa aku walaupun terdapat makanan western sahaja di sini instead of makanan Thai.

 

You may also like...