Foods Recipe

Resepi Shell Out : Simple and Jimat!

Siapa yang sukakan seafood, mesti selalu nak makan Shell out kan, makanan seafood yang selalu makan atas meja pastu boleh makan ramai-ramai tu. Same goes to my mom, disebabkan birthday mak aku ni, dia request nak makan Shell Out tapi adik beradik aku pula senang kena allergy bila salah makan. Jadi aku dan my sisters pun apa lagi, buat jelah home made Shell out. Dalam artikel ni, aku share sikit resepi shell out aku buat untuk 7 Orang. Yang penting, rasa sedap, harga murah and simple je nak masak!

 

First sekali, aku dan adik beradik aku share la sorang rm 50 untuk beli barang-barang basah. Kat bawah ni list seafood and sayur yang kitorang beli:

Seafood

  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Lala (nak tukar dengan kupang ke kepah ke okay je)

Sayur

  • Brokoli
  • Tomato Cherry
  • Jagung
  • Carrot

Okay lepas dah beli barang-barang ni, apa lagi balik rumah dan jemputlah basuh and potong semua bahan-bahan korang ye. Aku siap basuh with Lemon ye rakan-rakan. Lepastu boleh continue to next step ye :

  1. Rebus semua bahan seafood kemudian tapis
  2. Rebus semua sayur kemudian tapis
  3. Sediakan bahan yang diperlukan

 

Bahan yang diperlukan

  1. Bawang Putih (Hiris)
  2. Bawang Merah (Hiris)
  3. Hali (Hiris)
  4. Cili Mesin
  5. Sos Tiram

Lepastu cara nak masak

  1. Mula-mula tumis kan semua bahan-bahan yang dah hiris tu. Bila dah naik bau, masukkan cili boh dan sos tiram, kau hingga rata.
  2. Lepastu, masukkan serbuk kari sikit, dengan air (setengah orang letak air rebusan, tapi sebab aku risau adik beradik aku nanti kena allergic sebagainya so aku pakai air biasa je)
  3. Dan mendidih, masukkan pula seafood, kacau sampai rata. Lepastu, masukkan pula bahan sayur. Kacau juga sampai rata
  4. Dah siap. bolehlah hidangkan dengan nasi kosong/nasi goreng cina dengan jagung!

 

You may also like...