Home Travel

Ritual Pasola di Pulau Sumba

Pulau Sumba terletak di Nusa Tenggara, Indonesia menyimpan pelbagai jenis adat ritual yang sungguh unik selain dari struktur bumi dan alamnya yang indah. Antara ritual yang sungguh unik dan dijadikan ritual tahunan adalah acara Purung Ta Kadonga Ratu ataupun dalam bahasa mudahnya digelar Pasola Sumba.

Apa itu Pasola?  

Pasola merupakan upacara di mana penduduk pasola akan menghantar seorang wakil dari keluarga masing-masing. Dalam upacara tersebut, mereka akan menunggang kuda dan membaling tombak. Upacara ini dijalankan oleh suku kaum yang menganut kepercayaan marapu akan menghantar wakil-wakil ke satu kawasan ritual . Ini adalah untuk mendapatkan ‘berkat’ hujan turun dari para leluhur menurut kepercayaan mereka.

Bila Pasola diadakan?

Acara ritual ini diadakan mengikut kalender Anakalang yang juga disebut sebagai “Wulla Tua” yang jatuh samada pada akhir bulan Mei sehingga awal bulan Jun pada setiap tahun ganjil. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, jumlah kuantiti hujan amat sedikit sehingga menyebabkan pulau ini dalam keadaan hampir kemarau.

Bagaimana Pasola ini dijalankan? 

Sebelum pertandingan pasola ini diadakan, beberapa ritual seperti tarian dan upacara sembahyang mereka akan dijalankan. Kemudian, semua wakil-wakil dari setiap suku akan bersedia ke acara akhir ritual ini. Setiap peserta akan menunggang kuda-kuda liar dan memegang satu tombak. Terdapat dua jenis tombak yang boleh digunakan iaitu jenis Mehang Karaga dan Loda Pari.

Pada waktu ritual dijalankan, pemain akan menunggang kuda dan membawa tombak tersebut dan akan membalingnya kepada pemain yang lain. Menurut kepercayaan mereka, setiap jiwa yang terkorban dalam ritual ini adalah menyuburkan tanah atau mereka yang berkorban demi tuhan. Ritual ini sangat unik dan mendebarkan dalam masa yang sama. Kita dapat melihat kecekapan pemain yang boleh mengawal kuda yang garang sambil mengelak dari terkena tombak atau membaling tombak kepada lawannya. Pada hari acara ini diadakan, kita dapat melihat dan mendengar sendiri pekikan dari penonton yang mempunyai pelbagai jenis emosi semasa acara ini.

Disebabkan aku risau terkena tombak, aku pun duduk kat atas bas ni je lah

Upacara ini mungkin kedengaran pelik dan menakutkan, namun bagi saya ini merupakan salah satu keunikan Indonesia yang perlu dijaga. Adat istiadat yang sungguh unik ini perlu dipelihara agar keunikan pulau ini tidak hilang dek zaman. Bagi saya, Pasola ini bukan sahaja acara yang unik, namun ia sebenarnya juga adalah ritual yang merapatkan hubungan sesama penduduk di pulau ini yang berusaha mencari jalan bersama-sama semasa waktu susah mereka.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.