Home Travel

Pengalaman Ski di Rusutsu

Musim cuti ni, asyik belek gambar snow je jadi this year aku decide nak main snow and main ski jugak! so apa lagi, ke Hokkaido lah kita! Best thing is, sekarang ni ada direct flight dari Kuala Lumpur ke Hokkaido dengan Airasia, jadi bolehlah aku mendapatkan tiket kapal terbang dengan harga yang lebih murah! Dalam artikel ni, aku nak share dengan korang pengalaman aku main ski di Rusutsu!

 

Day 1 – Rusutsu Resort

Aku naik overnight flight pada hari khamis malam jam 11.50 pm, dan sampai di New Chitose Airport keesokan paginya pada pukul 8.30am. Sampai je di New Chotose airport, aku terus cuci muka, solat, makan dan start my journey here!

Hari pertama ni, aku plan untuk directly ke Rusutsu Resort. Dari New Chitose Aiport, naik bas ke Rusutsu dengan bayaran tiket lebih kurang 3,000 yen. Perjalanan dari airport ke Rusutsu ni memakan masa lebih kurang 2 jam jadi bolehlah nak sambung rehat dalam bas.

Bas ke Rusutsu

Sampai je di Rusutsu Resort, aku terus check in, mandi dan keluar main salji. Told ya, salji kat sini memang sangat-sangat cantik dan bersih. Rusutsu ni pun tidaklah terlalu crowded and sesak. The best thing is, Rusutsu Resort ini terletak di bawah satu bumbung dengan fasiliti yang ada di sini seperti monorail, kedai-kedai, kolam air panas, kantin, tempat permainan dan macam-macam lagi.

bilik dan view dari bilik

Disebabkan hari pertama ni aku still penat. Aku Cuma jalan-jalan, tinjau harga nak main ski and main snowmobile and snowrafting. Untuk main snowrafting ni, korang kena naik monorail (free je) and pergi ke bangunan sebelah iaitu di Kawasan Westin Rusutsu.

Snowmobile adalah sukan salji dimana penunngang akan membawa motor salji manakala snowtubing adalah penumpang akan duduk didalam sampan pelampung dan motor akan menarik pelampung ini dengan sangat laju di atas salji. Aku mencuba kedua-dua sukan ini di Kawasan Rusutsu juga tetapi di bangunan berbeza iaitu di bahagian Westin Hotel.Dari bangunan Rusutsu, aku menaiki monorail ke bangunan Westin Hotel. Harga untuk bermain snowrafting adalah lebih kurang JPY2,000 manakala untuk bermain snow mobile pula terdapat pelabagai pakej yang disediakan untuk pengunjung.

Snowrafting!

 

Day 2 – Skiing

Inilah masa yang ditunggu-tunggu, main snow and try skiing! Disebabkan aku tidak pernah bermain ski sebelum ini, aku sewa pakaian dan peralatan ski di Rusutsu Resort ini. Terdapat banyak pakej yang disediakan untuk penyewa dari pakej standard sehinggalah pakej Premium. Penyewa boleh memilih saiz dan warna pakaian mengikut citarasa masing-masing. Like me, of cpurse lah pink!

Baju and alatan skiing yang boleh disewa
Harga sewa alatan ski

Selain peralatan ski, korang juga boleh menyewa peralatan untuk sukan lain seperti snowboarding. Aktiviti bermain ski ni agak susah kerana aku first timer dalam sukan ini. Terdapat guide yang akan berada di Kawasan tempat bermain ski yang boleh membantu anda. Kebiasaanya, pemain ski yang belum pernah bermain ski akan membayar guide untuk mengajar mereka selama 1 atau 2 hari sebelum pergi bermain ski dari puncak gunung.

Lepas je habis main ski, aku terus lunch di kantin yang ada dekat Rusutsu Resort ni. Ada banyak hidangan yang korang boleh pilih and lunch aku pun cuma berharga lebih kurang 500 yen. Oleh sebab main ski ni sangatlah memenatkan, lepas makan aku pun rehat sebentar dan check out.

Makanan kantin and staff muslim di Rusutsu!

Lepas aku check out, aku tinggalkan bag di lobby and jalan di sekitar Rusutsu ni lagi sbeab still tak boleh move on dengan attractive yang ada dekat area ni lagi-lama game area tu and tengok Reindeer yang sangat cute!  Lepas dah puas main, aku pun naik bas dari Rusutsu ke Sapporo. Untuk in house guest, takde bayaran dikenakan kalau nak naik bas ni. Perjalanan ke Sapporo mengambil masa lebih kurang 1 jam dan sampai je di Spporo aku pun check in, kemudian keluar makan semula untuk dinner and ambil gambar street photography di Sapporo ni.

 

 

Basically aku stay di Rusutsu ni dalam 2 hari 1 malam je tapi cukup berbaloi. Next post nanti aku akan sambung journey aku dari Rusutsu ni to Spporo and Otaru. Stay tuned!

 

 

 

 

 

 

You may also like...