Home Hotels Travel

Pengalaman Menginap di THE 101 HOTEL YOGYAKARTA

Yogyakarta merupakan salah satu tempat kegemaran aku di Indonesia. Bagi aku, Yogyakarta ini merupakan tempat di mana kita masih boleh rasa vibes sejarah dan budaya jawa. Bukan itu juga, Yogya juga merupakan sebuah tempat yang kaya dengan kulinari, spot-spot nature untuk bergambar, kopi dan sebagainya.

Kali ini, trip aku ke Jogja telah membawa aku untuk mencuba sebuah hotel yang unik dan canttik di Yogya, iaitu THE 101 Hotel Yogya. Di dalam artikel ini, aku nak ceritakan pengalaman istimewa aku di hotel ini!

THE 101 Yogya Hotel terletak berdekatan dengan Jalan Malioboro.  Bagi aku, hotel ini boleh dikatakan outstanding jika dibandingkan dengan hotel-hotel di sekitarnya. Dari luar, dapat kelihatan ciri-ciri moden dalam hotel ini.

Sampai sahaja ke The 101 hotel, aku terus ke Lobby untuk check in. Sesi check in amat mudah dan cepat di hotel ini membuatkan aku berpuas hati. Maklumlah, bila baru sampai dan penat, pasti kita nak cepat masuk berehat di dalam bilik. Thank you to The 101 Hotel for providing such service and experience.

Aku menginap di Deluxe Queen Bed di hotel ini. Bilik aku dilengkapi dengan TV Flat screen, mini bar ,sitting area, safety box, bathrobe, bathing essentials, pengering rambut, surat khabar, complimentary drinking water dan banyak lagi.

Part yang paling aku suka tentang bilik aku is aku bilik aku terletak betul-betul di hadapan swimming pool! Jadi, bukak je pintu bilik, dah boleh terjun swimming pool! Lepastu, walaupun ianya terltak depan swimming pool aku tak perlu risau guest lain Nampak terus ke dalam bilik aku sebab sliding door yang ada itu tinted jadi dari luar, tak akan nampak bahagian dalam bilik.

Katil pula memang sangat SELESA!. I had a great sleep malam tu sampaikan esok pagi tu aku rasa segala penat hilang. Mana tidaknya, katil dan tilam yang empuk kemudian suasana yang tidak bising tu membuatkan aku betul-betul enjoy masa tidur aku!

Pada keesokan paginya, aku sempat breakfast dan aku boleh katakan makanan dia memenuhi citarasa aku. Terdapat banyak sangat pilihan dari makanan Indonesia, basic breakfast, sehinggalah cookies and cake. Lagi best lagi, terdapat pelbagai jus buah yang disediakan!

Nasi Gudeg and Pastry, My Favourite!

Jadi , apa boleh aku katakan pengalaman 3 Hari 2 malam di THE 101 Hotel ni indeed a memorable stay, which aku sangat recommend dekat korang untuk experience sendiri hospitality and service The 101 Hotel Yogya. Lagi-lagi untuk korang yang datang ke Yogya untuk bercuti and at the same time nak explore banyak benda. The 101 Hotel ni memang best lah sebab lokasi yang strategic and sangat selesa untuk korang rehatkan diri lepas seharian explore Yogyakarta ini!

You may also like...