Foods Home Reviews

Makanan Halal di Hokkaido Yang Wajib Dicuba

Sebut sahaja mengenai Jepun, pasti ramai antara kita terbayangkan sushi, oden, mahupun bermacam lagi jenis makanan jepun. Namun, tahukah anda Jepun juga boleh dikatakan sebagai negara yang mudah untuk mencari makanan halal. Jadi aku nak berkongsi sedikit tempat halal untuk korang cuba di Hokkaido, Jepun.

Oleh sebab aku ke Hokkaido sempena festival ais, aku banyak menghabiskan masa di bahagian timur Hokkaido dimana ianya lebih banyak alam semula jadi, Kawasan pergunungan dan Kawasan kampung. Hokkaido merupakan pulau kedua di Jepun, dan dari Kuala Lumpur anda boleh terbang ke Hokkaido dengan Air Asia dari KLIA2 ke New Chitose Airport. Oleh

1. Garden Spa Tokachigawa

Sakura Mochi merupakan sejenis kuih istimewa yang dibuat oleh gadis-gadis pada hari Hinamatsuri untuk mendoakan kesejahteraan. Ianya berbentuk bulat, diisi dengan pulut dengan inti kacang merah dan diluarnya diletakkan daun sakura. Jadi, selain dari merasai senduri kuih ini, apa kata anda luangkan masa untuk mempelajari cara membuat kuih ni di Tokachigawa ini. Anda boleh ke tempat ini dengan menaiki bas mahupun keretapi kerana ianya berdekatan dengan Lapangan Terbang Obihiro.

Mochi made by Me !

2. The Great Bear

Dalam perjalanan aku ke Kawasan pergunungan, aku ternampak sebuah restoren kecil comel bernama ‘’The Great Bear” di Kawasan berhutan berdekatan Mashu. Oleh sebab cuaca yang terlalu sejuk sehingga hampir suhu -15c, aku dan kawan cuba berhenti di Restoren ini untuk memanaskan diri dengan hot coklat. Namun, kami berytah kerana restoren ini boleh dikatakan  ‘Muslim-friendly’. Pemiliknya, En Hino hanya menggunakan bahan terbaik untuk roti, jam mahupun minumannya. Jadi, korang tidak perlu risau kerana kebanyakkan hidangan diperbuat daripada buah, gandum, mahupun bunga.

 

3. Seafood Izakawa UMIE

Tidak lengkap rasanya jika ke Hokkaido tapi tidak mencuba makanan laut yang ada di sini. Oleh itu, saya mencuba sendiri kedai makanan ‘Seafood Izakawa Umie’ di Sapporo. Terletak di tegah-tengah bandar Sapporo, ianya amat mudah dicari kerana mempuny 12 outlet di sekitar Hokkaido. Walaupun ianya turut menghidangkan alcohol, restoren ini tetap boleh dimakan kerana sajiannya ‘pork and alcohol free’ seperti sashimi, sotong panggang, onigiri, yakisoba dan banyak lagi. Malah, pelayan restoren juga amat mesra dan membantu anda untuk memilih makanan.

 

4. Halal Meat Grilled KOU

Restoren ini merupakan restoren pertama yang menyediakan yakiniku halal di Hokkaido. Yakiniku merujuk kepada perkataan jepun bermaksud daging panggang. Restoren ini terletak di Sapporo shi, Higashi-ku , Kita 30jo, Higashi 7 chome 1-30 Plaza 30, dimana ianya hanya 10 minit berjalan dari stesen Motomachi, laluan Toho line. Menariknya, selain yakiniku, restoren ini juga menghidangkan wine dan coctails tanpa alcohol.

 

5. Hokkaido Milk Ice-cream

Buat penggemar ‘streetfood’ , jangan lepaskan peluang untuk mencuba Hokkaido Milk Ice cream jika anda berkunjung ke Hokkaido. Semasa kunjungan lalu saya, saya mencuba Hokkaido Milk Ice cream di setiap persinggahan dari Sapporo, Obihiro, Mashu dan lain-lain. Diperbuat dari susu lembu, Ais krim di Hokkaido ini cukup lembut dan susunya terasa lebih segar jika dibandingkan dengan ais krim di tempat lain.

 

 

You may also like...