Home Travel

Kecantikan Pulau di Johor yang Ramai Tidak Tahu

Kalau cakap pasal lautan biru terbentang luas, pasir putih, resort-resort cantik je pasti ramai antara kita membayangkan pantai Hawai mahupun Maldives. Nauan begitu, tahukah anda bahawa di negeri selatan semenanjung tanah air juga menyimpan khazanah laut yang sungguh cantik!

Baru-baru ini saya sempat bercuti di sebuah Pulau yang terletak di Johor iaitu Pulau Besar. Jika ramai antara kita tahu mengenai kecantikan Pulau Rawa, anda perlu juga tahu Pulau Besar ini juga mempunyai kecantikkannya yang tersendiri.

Cara Ke Pulau Besar

Cara Ke Pulau Besar adalah dengan menaiki bot yang berharga lebih kurang RM90 untuk pergi dan balik. Bot akan menjemput dari Jeti Mersing dan menghantar terus ke jeti Pulau Besar. Sebelum memulakan perjalanan saya sempat sarapan pagi di medan selera Jeti Mersing ini dan menariknya semua makanan dan minuman dijual dengan harga yang amat murah dan berbaloi.

 

Resort yang terdapat di Pulau Besar

Terdapat beberapa  buah resort yang menarik di sekitar Pulau Besar. Namun saya tertarik untuk mencuba sendiri menginap di Bayu Lestari Resort. Resort ini masih baru dan mempunyai reka bentuk yang sungguh unik. Terdapat bilik yang boleh menempatkan 2 orang, 4 orang, 6 orang sehinggalah bangle yang boleh memuatkan 15 orang. Menariknya, jika dikira-kira, kalau menginap di sini bersama rakan-rakan atau keluarga, ianya cukup berbaloi kerana anda Cuma perlu membayar lebih kurang RM100 untuk satu malam termasuk makan dan minum sepanjang berada di sini!

Aktiviti yang boleh dilakukan

Selain berehat dan berenang di persisiran pantai. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya seperti berbasikal melihat suasana indah di kawasan pulau, bermain layang-layang, selam scuba, memancing mahupun snorkelling.  Saya amat tertarik dengan vibes pulau besar ini kerana ianya bukan sahaja tenang, tetapi pantainya cukup jernih dan membiru membuatkan anda boleh melihat hidupan laut berenang dari atas jetty.

Pulau Tinggi

Selain dari Pulau Besar, saya juga telah cuba untuk meneruskan perjalan ke Pulau Tinggi di Johor. Pulau Tinggi juga boleh dikatakan cantik dan lebih murah untuk didiami.  Pulau tinggi merupakan pulau yang paling besar di kawasan Kepulauan Iskandar. Pulau ini diberi nama Pulau Tinggi kerana ianya mempunyai sebuah gunung yang paling tinggi di dalam Pulau Tersebut. Terdapat juga air terjun, trek mendaki, hutan dan tempat tinggal nelayan di pulau ini.

Saya menetap di TAd Marine Resort di pulau ini. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayak, mendaki dan mandi air terjun, pemuliharaan dugong, dan sebagainya.

Snorkeling di Pulau Mentigi

Malah, terdapat juga pulau kecil berdekatan Pulau Tinggi ini iaitu pulau mentigi. Pulau mentigi ini merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Cara ke pulau ini ialah samada berkayak atau menggunakan bot kecil kerana bot besar tidak boleh melalui pulau ini kerana kawasannya yang penuh dengan terumbu karang. Bagi saya, Pulau Mentigi ini cukup istimewa kerana walaupu ianya kecil dan tidak berpenghuni, tetapi kecantikannya mebuatkan anda seperti berada di pulau fantasi yang cantik memukau.

Gambar : Ujjay As Said

Oleh itu, apa kata jika anda pun cuba meluangkan masa bercuti di Pulau-pulauyang terdapat di Johor kerana ianya juga cukup cantik dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jadi tunggu apa lagi, jom la kita ke negeri di selatan semenanjung tanah air ini dan nikmati percutian yang mengagumkan di Negara kita sendiri!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.