Home Travel

Itinerary Dan Bajet Murah ke Jaisalmer

India merupakan salah satu negara yang paling aku suka tentang budaya, street photography,  shopping, nature and tempat-tempatnya. Walaupun ramai yang selalu cakap ‘’India ni bahaya, lagi-lagi untuk perempuan” tetapi bagi aku, India ni bukan je unik tapi kalau korang backpack di sini, korang mesti akan dapat pengalaman yang pasti korang tak lupakan. Kalini aku nak ceritakan pengalaman aku backpack dari Jaipur ke Jaisalmer yang tidak sampai RM500 pun

Kali ini aku bepeluang untuk berbackpack ke Jaipur bersama kawan-kawan aku sempena Airasia baru sahaja membuka routes ke Jaipur. Masa aku pergi ni, tiket flight cuma lebih kurang dalam RM508. Dari KLIA, korang akan terbang terus ke Jaipur Airport. Kalau korang pergi India ni, aku suggest untuk korang download apps Uber dan Ola sebab ianya sangat membantu.

 

Aku dan kawan-kawan sampai ke Jaipur pada waktu malam and tidur satu malam di hotel berdekatan airport untuk satu malam sebelum ke Jaisalmer keesokan harinya. Kitorang book keretapi dari Jaipur ke Jaisalmer pukul 4 petang dan akan tiba di Jaisalmer pukul 4 pagi esok. Actually, pada mulanya aku nak book tiket guna IRCTC tapi disebabkan cara untuk beli agak susah dan perlukan nombor India,  jadi aku dan kawan-kawan nekad untuk guna tourist quota je untuk beli tiket and nasib baik kami berjaya beli tiket tu dengan harga lebih kurang RM50. Tapi malangnya kami tertinggal keretapi itu dan terpaksa menaiki bas ke Jaisalmer dengan harga lebih kurang RM40. Bas yang kami naiki pulak pukul 8 malam dan akan tiba pukul 8 pagi. Mulanya, aku risau nak naik bas ni tapi sebenarnya bas yang kami naiki tu sangat selesa dan boleh tidur. Bas tersebut ada ruangan tidur untu seornag atau dua orang. Malah ada langsir untuk menutup kawasan tidur korang so takdelah orang dapat tengok korang tidur kan.

 

Happy dapat Tiket Bas

 

Sampai je di stesen bas kat Jaisalmer, kami disambut dengan macam-macam orang yang menjual pakej. Namun disebabkan tujuan utama kami untuk camping, kami memilih untuk tidur sahaja di hotel yang murah iaitu dan dalam satu bilik cuma untuk menyimpn beg besar dan untuk bersiap. Bagi pakej Safari Dessert dan sebagainya, pakej boleh bermula dari RM80 hingga ke RM150 mengikut pakej yang korang mahukan. Pakej pula senang didapat di mana-mana hostel dan hotel di sekitar pecan Jaisalmer. Kami mengambil pakej RM120 seorang bersama seorang kenalan yang termasuk bayaran bilik hotel ( 1 bilik untuk 2 orang) , menunggang kuda, transport ke Padang Pasir, makan malam dan breakfast, camping di tengah-tengah padang pasir, dan city tour.

 

Bermalam di Padang Pasir

Terdapat tiga buah padang pasir di Jaisalmer iaitu sam sand dunes, thar dessert and royal dessert. Kami memilih untuk ke Thar Dessert kerana ianya tidak terlalu ramai pelancong jika dibandingkan dengan Sam sand dunes. Pada waktu petang, kami menaiki kereta ke kawasan padang pasir yang terletak lebih kurang 45 minit dari pekan. Tiba sahaja di padang pasir, kami terus menunggang unta untuk melihat matahari terbenam. Pemandangan padang pasir sungguh menawan dan aku boleh katakana Thar Desert ni masih lagi tidak kotor dengan sampah seperti di Sam sand dunes.

Naik Unta untuk ke Thar Desert

 

Selepas melihat matahari terbit, kami pergi pula ke sebuah kawasan tarian tradisional masyarakat Jaisalmer untuk makan malam sambil melihat persembahan istimewa. Tempat persembahan ini amat selesa kerana penonton boleh berbaring, menikmati makanan sambil melihat persembahan. Di akhir persembahan, penonton kan diajak untuk menari bersama.

 

cultural show

 

Selesai sahaja persembahan, kami dibawa ke tengah-tengah kawasan padang pasir dengan menaiki jeep. Selimut dan tilam juga disediakan di dalam pakej itu. Namun, nasihat aku adalah jika korang berminat untuk pergi, korang bawa sendiri khemah atau selimut kerana pada waktu malam, padang pasir akan menjadi sangat sejuk dengan angina yang kuat kemudian selimut yang disediakan pula semuanya berbau hapak dan tidak selesa. Namun, kecantikan bintang malam di tengah padang pasir itu sungguh tidak dapat aku lupakan kerana aku boleh melihat dengan jelas bintang dan shooting star!

 

Jeep and tempat tidur di tengah padang pasir

Keesokan harinya pada waktu pagi, pakej menyediakan sarapan untuk kami. Pemandangan di tengah padang pasir cukup menarik terutama sekali untuk mengambil gambar.Selepas sarapan, kami dibawa menaiki jeep untuk pulang ke hotel. Jujur aku katakana, perasaan duduk di belakang jeep dan jeep dibawa menyusuri padang pasir tidak ubah mencabar seperti roller coaster

 

Haunted village

Sebelum pulang ke hotel, aku dan kawan-kawan sempat singgah ke Haunted Village. Tempat ini mempunya lebih kurang dalam 50 buah rumah dan mahligai di tengahnya namun ianya kosong dan tidak berpenghuni. Menurut lagenda, penduduk kampong ini telah hilang dalam masa satu malam dan sehingga hari ini tiada yang mengetahui tentang apa sebenarnya yang telah berlaku kepada semua penduduk kampong ini. Haunted village ini boleh dikatakan sangat menarik kerana keasliannya masih terjaga dan tempat di sini amat instagrammable!

Pintu Haunted Village
Salah satu building Haunted Village

Jaisalmer Fort

Tidak lengkap rasanya jika berkunjung ke Jaisalmer tetapi tidak ke Jaisalmer Fort. Jaisalmer Fort merupakan salah satu Fort terbesar di daerah Rajasthan. Ianya dipenuhi dengan Haveli yang membuatkannya digelar sebagai Golden Fort. Terdapat banyak jualan yang ada di dalam fort ini. Aku dan rakanku sempat emngunjungi salah sebuah Haveli yang terdapat di Jaisalmer Fort ini dimana ianya mengenakan bayaran 100 rupees.

Pintu Jaisalmer Fort
Feeling depan Haveli

 

Gadisar Lake

Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Gadisar Lake sebab ianya terletak betul-betul dekat pekan Jaisalmer. Aku dan rakan-rakan pergi ke Gadisar Lake ini pada waktu petang sehingga ke sunset. Suasana di sini boleh dikatakan nyaman. Gadisar lake ini boleh tahan luas dan banyak spot yang cantik untuk photography.

Gadisar Lake

 

Pekan Jaisalmer

Kalau kornag nak tau, Jaisalmer ni cukuo terkenal dengan unta. Oleh itu kalau korang nak shopping beg atau barangan kulit unta, Jaisalmer ni boleh dikatakan sangat murah. Malah, korang juga bolehlah beli baju atau kain bermotifkan unta di sini. Penduduk di Jaisalmer juga kebanyakannya merupakan Muslim jadi tiada masalah untuk mencari makanan halal. Namun, aku nasihatkan untuk minum dari air yang berbotol dan elakkan makan di gerai bagi elakkan terkena sakit perut dan sebagainya

Sekitar Pekan Jaisalmer
Kedai Barangan Kulit Unta

 

Akhir kata, Jaisalmer ni merupakan temoat yang wajib korang pergi di India. Ia bukan sahaja hebat kerana digelar sebagai Gold city tetapi Jaisalmer ini menyimpan banyak khazanah alam dan sejarah yang sungguh cantik untuk diterokai. Di bawah ini aku listkan perbelanjaan aku dari Jaipur-Jaisalmer-Jaipur

 

Tambang Bas Jaipur – Jaisalmer : RM35

Pakej (Hotel, safari dessert, camping, city tour, jeep transfer to desert, cultural dance, dinner & breakfast) : RM120

Makan : RM10

Shopping : rm80

Entrance fee : RM12

Keretapi Jaisalmer-Jaipur AC 3 Tier : RM40

You may also like...