Home Travel

Idea Menarik untuk Teroka Timur Hokkaido

Salji tebal putih, ‘snowflakes’ yang cantik, hutan-hutan yang tidak ubah seperti taman fantasi,  suhu sejuk yang damai dan diikuti pula oleh sinaran matahari cantik dari negara matahari terbit ini merupakan satu suasana romantik yang harus anda rasai di timur Hokkaido ini.

Kalau cakap sahaja mengenai Hokkaido, ramai yang lebih memilih untuk enjoy di kawasan Sapporo atau Akan, kemudian meneruskan perjalanan ke bahagian Jepun yang lain. Tapi kalini, aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman melihat Timur Hokkaido, kawasan yang boleh dikatakan macam kampung dan banyak alam semula jadi. Paling best sekali, semasa trip ini, aku pergi masa musim winter dan suhu paling rendah sehingga ada beberapa tempat mencecah -21c

 

Cara untuk ke Hokkaido

Kini, dengan adanya penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke New Chitose, Timur Hokkaido ini boleh dikatakan sebagai tempat yang wajib anda lawati bagi melihat sendiri alam fantasi yang pastinya memukau mata setiap pengunjungnya.

Cara untuk ke Timur Hokkaido 

Oleh kerana kawasan Timur Hokkaido ini boleh dikatakan agak kampung dan jauh dari bandar Sapporo, terdapat beberapa tempat menarik yang sukar dilawati dengan public transport. Oleh itu, jika anda pergi dalam jumlah yang ramai, adalah disarankan untuk menyewa kereta kerana ianya lebih jimat wang dan masa. Namun, jika and atravel sendirian atau berdua dan mempunyai masa yang lebih panjang, anda juga boleh mencuba bas awam yang disediakan. Namun begitu, dapatkan peta dan rancang perjalanan dengan lebih awal dahulu kerana di Timur Hokkaido ini, sukar nak bertanya jika anda sesat jalan (sebab tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris jika dibandingkan dengan kawasan Sapporo)

Tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Timur Hokkaido

1.Akan International Crane Centre

Jika ke Hokkaido, rata-rata kita pasti tertarik melihat Tancho, burung yang selalu dijadikan lukisan dan kebanggaan masyarakat jepun. Tancho merupakan burung yang mempunyai bentuk seakan burung bangau tetapi mempunyai kelainan kerana burung ini berwarna putih bersih, sayap bersaiznya yang lebih besar dan warna merah di atas kepalanya.  Bagi peminat burung unik ini, annda boleh melawat Akan International Crane Cnetre yang merupakan tempat pembiakan burung ini.  Ditubuhkan padatahun 1996, Crane Centre ini bukan sahaja menjadi tempat pembiakan, malah turut sebagai tempat kajian dan pemuliharaan sepsis unik ini.

 

2. Frost Flower

Pernahkah anda terfikir untuk melihat bunga yang dihasilkan semula jadi oleh ais salji. Di Hokkaido ini, anda berpeluang melihat ‘Frost Flower’, hasil semulajadi yang terjadi apabila cuaca terlalu sejuk sehingga suhu -30c dan menghasilkan ais berbentuk bunga. Ianya boleh didapati di kawasan Tasik Akan yang boleh dilalui apabila ianya membeku

3. Lake Akan Ski Galande “UTARA”

Tidak lengkap rasanya percutian ke Hokkaido ini jika tidak mencuba sendiri bermain ski atau gelongsor dari puncak bukit.Di ‘Lake Akan Ski Galende ini’, anda bukan sahaja berpeluang untuk meluncur ski malahan terdapat juga satu tarikan di sini dimana anda berpeluang untuk bergelongsor menggunakan pelampung khas dari puncak bukit! Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak gunung ini dengan menaiki kereta kabel dan melihat sendiri pemandangan indah bukit-bukau dan pokok-okok yang putih bersih dilitupi salji.

4. Festival Sounkyo Hyobaku

 

Festival Sounkyo Hyobaku merupakan antara pengalaman paling menarik yang aku rasai di Timur Hokkaido ini. Festival ini cuma diadakan pada musim salji sahaja. Pada waktu ini, terdapat pelbagai ukirn  ais yang unik dan lampu warna-warni yang dipasang pada ukiran tersebut. Menariknya, setiap malam, persembahan bunga api dan balingan mochi diadakan sebagai penutup acara festival ini.Anda dapatlah melihat dan turut serta dalam  merebut mochi yang dibaling dan berseronok melihat bunga api cantik pada malam itu.

 

5. Icycle

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman melihat Icycle, Ice yang cair dan membentuk icycle tajam di Timur Hokkaido ni. Anda perlu trekking lebih kurang 30 minit ke kawasan berbukit untuk melihat Icycle ni. Selain tu, korang dapat juga melihat sungai yang membeku!

 

Tips

  1. Jangan lupa book hotel anda lebih awal jika anda ingin melawat ketika musim festival ais kerana hotel selalu penuh
  2. Jangan lupa membawa skarf untuk membalut muka terutama bibir kerana angin di Timur Hokkaido yang terlalu kuat mengeringkan kulit dan bibir dengan lebih cepat
  3.  Oleh kerana makanan ringan dan minuman panas agak mahal, anda boleh juga bawak paket minuman panas dan foldable mug, jadi korang cuma perlu tinggal beli air panas.
  4. Pastikan anda memakai kasut atau but salji yang betul kerana jalan raya amat licin dan salji sangat tebal

 

 

 

 

 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.