Home Travel

Hiking di Wae Rebo, Flores

Sebut sahaja mengenai Flores, ramai yang terbayang tentang pulau-pulau cantik, tempat menyelam, mahupun komodo. Namun, tahukah anda Flores menyimpan salah satu khazanah indah Indonesia iaitu sebuah perkampungan nun jauh di sebalik pergunanungan. Oleh itu, aku nak kongsi dengan korang info and persediaan untuk ke sana

  1. Cara ke Flores

Flores terletak di Nusa Tenggara. Oleh itu, korang kenalah membeli tiket flight dari Kuala Lumpur ke Denpasar Bali, Kemudian ke Labuan Bajo pula. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali hanya dalam 2 jam sahaja manakala dari Bali ke Labuan Bajo pula lebih kurang 2 jam juga. Kalau korang ada masa lebih, bolehlah stay di Bali sekejap sebelum atau selepas ke Flores.

  1. Persediaan ke Wae Rebo

Sebenarnya dari Labuan Bajo ke Wae Rebo boleh dikatakan agak mencabar. 10 jam di dalam bas mahupun Van, dan jalan untuk ke sana bengkang bengkok. So, aku sarankan korang sediakan ubat tolak angin, ubat tahan mabuk dan minyak angina sebelum mulakan perjalanan.

Korang juga disarankan untuk start perjalanan pada waktu malam. Jadi bolehlah korang tidur sepanjang perjalanan dan sambung berehat semasa tiba di perkampungan transit nanti.

  1. Perkampungan Transit

Sebelum menaiki ke Wae Rebo. Korang boleh menetap kat Wae Rebo Lodge di Denge, sebuah perkampungan yang terletak di bawah kawasan bukit untuk ke Wae Rebo. Pemandangan di kampung Denge ni sangat cantik sebab ia dikelilingi dengan sawah padi menghijau dan dari kampung itu anda boleh melihat juga laut dan pulau Mules. Oleh itu Lodge itu boleh dijadikan sebagai tempat korang beristirehat sebelum mendaki ke Wae Rebo dan tempat korang shower dan sebagainya semasa turun dari Wae Rebo dan mahu ke destinasi seterusnya.

 

4. Hiking ke Wae Rebo

Pendakian ke Wae Rebo memakan masa lebih kurang 3 hingga 5 jam bergantung kepada stamina dan kepantasan masing-masing. Korang tak perlu risau kerana perjalanan ke Wae Rebo mempunyai trek yang memudahkan perjalanan korang. Sepanjang perjalanan, korang dapat melihat hutan di kiri kanan trek dan sungai. Apabila korang hampir sampai ke pintu masuk Wae Rebo, korang akan melalui jambatan kayu dan akan melihat tanaman pokok kopi di kiri dan kanan trek.

Sebelum memasuki Wae Rebo, korang perlu berhenti di sebuah pondok di pintu masuk Wae Rebo. Di situ korang boleh membaca peraturan dan adab semasa berada di Wae Rebo. Bagi korang yang memakai seluar pendek, korang dinasihatkan membawa sarung untuk dipakai semasa masuk ke perkampungan Wae Rebo. Sebelum memasuki kampung Wae Rebo, gegendang dari pondok istirehat perlulah dipukul bagi menandakan bahawa korang sedang memasui kawasan itu.

 

  1. Kampung Wae Rebo

Terdapat 4 buah rumah di kampung Wae Rebo. Salah sebuah rumah yang paling besar dan berada di tengah kawasan merupakan rumah kepada ketua kampung Wae Rebo. Manakala rumah di bahagian hujung sekali, biasanya dijadikan rumah tidur bagi tetamu luar. Penduduk Wae Rebo percaya bahaya rumah dibina berbentuk seperti kon kerana ketika di dalam rumah, setiap penghuni ibarat adik beradik dan seperti berada di dalam kandungan ibu.

Bagi mereka yang beragama muslim, aku nasihatkan korang bawa juga makanan sendiri seperti Maggie dan roti kerana ada makanan yang dihidangkan diragui halal kerana penduduk Wae Rebo semuanya beragama Kristian mahupun tidak beragama. Korang juga bolehlah membawa keropok, gula-gula atau apa-apa makanan ringan buat anak-anak Wae Rebo.

Suasana di Wae Rebo ni sungguh nyaman dan sejuk. So, korang kena bersedialah dengan Jaket. Pada waktu malam, korang dapat tengok bintang dengan jelas sekali. Pada waktu pagi pula, jangan lupa bangun awal untuk melihat matahari naik di sebalik pergunungan. Di Wae Rebo ni juga ada disediakan tandas dan tempat mandi untuk tetamu, airnya sangat sejuk dan tandas tersebut bersih. Jadi korang tak perlulah risau kena mandi dan pergi tandas di sungai pula ye.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.