Home Hotels

Cloverr Home : Staycation di The Robertson Kuala Lumpur

Lepas dapat banyak suggestion dan good review dari kawan-kawan, aku pun telah cuba sendiri untuk menginap bersama The Cloverr Home. Cloverr Home ini mempunyai banyak guest house di sekitar KL dan lokasi rumah-rumah ni semuanya boleh dikatakan strategik. Kalau korang nak tau rumah-rumah yang ada di Cloverr Home ni boleh lah check website ni : https://cloverr.asia/

Aku memilih untuk stay dekat The Robertson, Kuala Lumpur. The Robertson ni dekat je dengan Times Square and boleh jalan kaki je ke Jalan Alor. Paling best, The Robertson ni macam 5 star punya residence dengan kawalan security yang ketat and fasiliti dia sangat tip top.

Cara nak check in dengan Cloverr Home ni sangatlah cepat and senang.  Korang boleh self check in sahaja di sini and pada pendapat aku, ia sangatlah mudah sebab korang tak perlulah tergesa-gesa untuk ambil kunci.

Kemudahan di dalam Cloverr Home ni juga bagi aku sangat memuaskan. Ada dapur, wifi dan semua basic fasilities. Plus, kitchenette facilities macam kuali, sudu semua tu pun ada disediakan.

 

Tidak terhad dengan kemudahan rumah, korang boleh jugaakses ke swimming pool, infinity jakuzi, chess mate area and gym. Swimming pool di The Robertson ni besar sangat and cantik! Kat tingkat atas sekali pulak ada jacuzi. Paling best, kalau malam-malam bolehlah berendam dalam Jacuzzi sambil tengok pemandangan KL!

Harga yang dikenalakn untuk Cloverr Home ni adalah RM250 untuk satu malam. Apapun, aku boleh katakan yang harganya memang cukup berpatutan memandangkan rumah ni tak ubah macam 5 star punya fasiliti dan tempatnya yang sangat strategik.

 

You may also like...