Foods Home Reviews

Burger and Lobster , Sky Avenue Genting

Burger & Lobster merupakan sebuah restoran yang berasal dari London dan terletak di Sky Avenue Genting Highlands. Bagi peminat makanan laut terutama lobster, korang pasti teruja untuk merasai semua menu yang dihidangkan di restoran ini. Malah, restoran ini turut mempunyai keistimewaannya apabila sebaik sahaja korang memasuki kawasan restoran, korang akan melihat deretan akuarium yang menyimpan lobster dan seni reka bentuk restoran yang tidak ubah berkonspekan seperti di dalam kapal. Sebaik sahaja disarungkan apron plastic dan diberikan penyepit, bersedialah untuk menjamu lobster yang membuatkan korang mesti menjilat jari!

Jadi, aku telah memilih untuk mencuba beberapa menu yang boleh dikatakan terkenal di Burger & Lobster ni. Antaranya ialah The Chili LobsterThe Lobster Roll, The BnL Burger and The Original. Jujurnya, sebagai peminat seafood, aku memang boleh hilang arah makan dekat sini. Lobster yang disediakan memang besar and burger pulak, chef memang tak kedekut untuk bagi inti Lobster tu.

 

The Chili Lobster

 

The Lobster Roll
The BnL Burger
The Original

Malah, interior design restaurant ni jugak boleh dikatakan sangat cantik and selesa. Aku nasihatkan kalau korang nak makan Lobster ni, elakkan pergi pada weekend sebab korang perlu beratur panjang untuk makan. Terdapat meja dari untuk 2 orang sehinggalah ke group lebih besar 8 orang.

Dari segi harga pulak, harga seorang makan di sini boleh bermula dalam RM100. Mungkin agak pricey untuk sesetengah orang tapi apa aku boleh cakap, rasa and portion makanan yang disediakan tu memang sangat berbaloi untuk harga tersebut. 

 

You may also like...