Foods Home Reviews

Buffet Ramadhan di Chakri Palace, Pavilion

Sebagai peminat makanan Thailand, aku memang tak boleh nak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri restoran yang menyediakan buffet menarik masakan thai di Chakri Palace.

Sebenarnya, kalau sebut makanan Thai rata-rata dari kita familiar dengan som tam, tomyam, pulut manga dan beberapa makanan lain. Malah, nak cari makanan Thailand pun senang je di Malaysia ni sebab selalu diadakan Festival Thai food and ramai rakyat Malaysia selalu ke Thailand.

Chari Palace, Pavilion

 

Kalini aku suggest Chakri Palace ni sebab buffet makanan dia bukan je berkualiti and rasa dia authentic, tetapi sebab vibes and harga yang ditawarkan boleh dikatakan berbaloi untuk orang yang suka sangat makan macam aku. Mana tidaknya, Chakri ni terletak di Pavilion yang boleh dikatakan tempat yang high end jugak, tetapi buffet makanan di sini Cuma RM88.90++ (adult) & RM42.90 (child/senior citizens) at Pavilion.

 

 

So diatas ini merupakan menu yang terdapat di Chakri Pavilin ni. Aku datang ke sini pada hari rabu and bila aku kira, ada lebih dari 30 makanan termasuk Appetizer, Salad, Live Station and Main dish kat sini. Belum campur dessert lagi! Memang masa berbuka tu kena makan slow-slow and spend masa lepas solat maghrib sambung makan balik di Chakri Palace ni !

Disebabkan lauk banyak sangat di Chakri ni, aku lebihkan lauk dari nasi. Nasi yang disediakan ada biryani dan Nasi putih, nasi biryani tu memang lain sikit dari nasi briyani yang macam ada di kedai mamak. Kalau di mamak, ianya lebih bau rempah dan rasanya berbeza dengan Nasi Briyani Thai ni. Untuk main dish, ada 13 lauk and semua lauk memang sedap sangat tapi favourite aku di sini adalah Thai Green Curry dengan Deep fried fish Thai sauce.

 

Crispy Prawn with Garlic Sauce
Rendang Daging Chakri
My Favourite Green Curry Lamb
Kapitan Chicken
Deep Fried fish

Buat penggemar tomyam, korang boleh pilih ramuan tomyam korang di Live station. Aku memang recommend and suka tomyam di Chakri ni sebab rasa dia memang bukan rasa perencah semata. Tapi rasa dia memang terasa tomyam and bahan-bahan yang ada dalam tomyam tu. Selain tomyam, ada juga makanan lain di Live statio  macam satay, ikan bakar and laksa.

 

Live Station

Appetizer pulak ada macam-macam jenis makanan selain kuih macam deep fried tofu, Thai crisy noodle,spring roll, aneka jeruk, samosa dan lain-lain. Tapi alang-alang  ada disediakan Mieng Kham, aku memang tak boleh stop dari kunyah benda ni, the best! Mieng Kham ni makanan Thailand which daun sireh yang digulung dengan inti kacang, cili api, udang kering, bawang, limau dan macam-macam lagi. Rasa dia memang pedas, masam, masin semua lengkap!

kerabu salad

Last but not least, Dessert! Aku sarankan kalau korang makan buffet di sini, awal-awal ambil pulut manga tu tau sebab sedap sangat and cepat sangat habis. Tapi aku paling suka water chest nut ni, rasanya tak terlalu manis and camuran chestnut dengan buah nangka tu memang sedap!

 

Water Chestnut

 

 

You may also like...