Home Travel

Backpack Ke Iran Dengan Bajet kurang dari RM2000

Iran memang terkenal dengan sejarah, tradisi, dan architecture yang menariknya. Negara yang terletak 5,911 kilometer ni merupakan one of the must go places buat mereka yang sukakan hasil seni bina islamik dan budaya yang indah!

Kali ni aku nak share dengan korang itinerary dan bajet aku ke Iran selama seminggu dengan bajet kurang dari RM2000 termasuk tiket flight dan perbelanjaan sewaktu di sana. Aku dan kawan-kawan telah ke sana dengan flight Air Asia ke Tehran. Sayangnya, tahun 2018 ni Airasia telah stop perjalanan ke Tehran. Masa aku pergi dulu pun aku bernasib baik sebab bantuan Air Asia promo final call kitorang berjaya dapatkan ticket Air Asia KUL>TEHRAN>KUL for only RM610. Power kan?

Untuk bajet, aku nasihatkan Korang tukar duit MYR kpd USD/EURO terlebih dahulu di Malaysia. Bila dah sampai Iran, baru korang tukar duit kepada Iranian Riyal. Macam aku, aku tukar RM1500= 367 USD . Bila aku balik, aku masih lagi ada baki 50 USD .

Perjalanan ke KL ke Iran memakan masa selama 8 jam. Jadi pastikan korang pakai baju yang selesa and makan sedikit sebelum menaiki flight. Kami bertolak dari KL pada waktu petang dan tiba di Airport pada tengah malam (Time difference 4.5hours) . Oleh itu, aku dan raka-rakan decide untuk tidur di Airport sebelum bergerak ke city centre keesokan harinya.  Secara jujurnya, aku boleh katakana Airport Iran ni boleh tahan selesa and lengkap dengan fasiliti. Oleh itu, korang tak perlu risau untuk tidur di Airport.

 

Tehran City

Sampai je di city centre keesokan  harinya, aku dan rakan-rakan terus simpan bag di stesen bas dan ronda-ronda di Tehran sebelum kami ke Shiraz. Kat bawah ini adalah tempat yang kami pergi di Tehran.

1. Golestan Palace

Bayaran masuk ke Golestan Palace ni Cuma 300k Riyal. Goleston Palace ini telah diiktoraf sebagai UNESCO Heritage. Ia merupakan salah satu menumen sejarah paling tua di Tehran. Lepas dah puas berjalan di Golestan Palace, kami pergi pula ke Grand Bazaar. Grand Bazzar ni terletak dekat je dengan Golestan Palace jadi korang boleh jalan kaki sahaja ke sana.

2. Grand Bazaar

 

Tehran > Shiraz

Lepas dah berjalan sekejap di Tehran, kami menaiki bas untuk ke Shiraz pula. Kami mengambil bas dari Argentine Square untuk ke Shiraz. Perjalan tersebut memakan masa selama 13 jam. Ticket price TEHRAN>SHIRAZ : 680k Riyal. Kami sampai ke Shiraz pada keesokan paginya.

Keesokan paginya kami tiba di Shiraz dan terus menaiki texi untuk ke hotel (Tambang taxi 100k riyal). Oleh sebab kami agak kepenatan dan taxi driver yang kami naiki tadi sangat baik. Aku dan kawan-kawan decide untuk hire dia utk bawa kitorg ke Persepolis, Pasargad  dan Naqsh-E Rustam . Untuk makluman, perjalanan dari satu temat ke tempat lain mengambil masa beberapa jam. Taxi cost : 33USD/3 person. So bawah ini adalah tempat-tempat yang kami pergi bersama pemandi teksi tu.

1. Persepolis

Spot paling jauh dari Shiraz. Tempat peninggalan sejarah Empayar Achaemenid. Persepolis Entrance fee : 200k Riyal / person

2. Pasargad

Lepas kitorg habiskan 2jam dekat Persepolis, kitorg gerak ke Pasargad pula. Sini juga adalah tempat peninggalan sejarah tapi kawasan dia lebih luas & kena naik buggy.

Protip: spend less time here, more in Naqsh-E Rustam. Entrance fee: 200k Riyal

3. Naqsh E-Rustam

Since sini winter jadi waktu siang dia sekejap sangat, 5pm dah sunset. Agak rushing bila ke Naqsh-E Rustam, so tak sempat masuk. Dapat ambil dari luar je. Tapi personally aku rasa sini lagi cantik dari Pasargad.

Selesai jalan-jalan, kami pulang ke hotel dan makan malam di restaurant berdekatan. Aku sarankan korang try kebab sebab kebab di sini sedap sangat! Pada keesokan harinya, sebeulm ke next city aku dan rakan-rakan bangun awal & terus ke Nassir al-Mulk mosque. Aku nasihatkan korang pergi masjid ni awal pagi sebab tempat ni ramai sangat and masjid ini terlalu cantik! Mana tidaknya, ianya penuh dengan kaca berwarna warni dan apabila matahari menembusi membuatkan interior dalam masjid Nampak berwarna warni

Shiraz- Yazd

Perjalanan dari Shiraz ke Yazd ni memakan masa 6 jam. Harga tiket pula Cuma 360k Riyal. Kami bergerak dari Shiraz pada waktu petang dan tiba di Yazd pada waktu malam. Oleh sebab malam tu kami kepenatan, kami pergi dinner di restaurant berdekatan kemudian check in dan terus tidur! Kami tidur di Ali Baba tradisional Hotel yang berharag 10USD untuk satu malam.

Oleh sebab kitorang sangat kesuntukan masa. Pagi-pagi kami terus bangun, check out, hire taxi driver pergi around Kharanaq – Chaq Chaq – Meybod (ancient cities) . Taxi cost : 1 300 000 Riyal / car . Kat bawah ni aku share tempat yang kami pergi

1. Khanaraq

4000 y/o abandoned mud brick town of Kharanaq. Kharanaq mud-brick town

Entrance fee : 50k Riyal

 

2. Chaq Chaq

Nak masuk top of Chaq Chaq ni kena bayar, dlm 150k-200k Riyal, tapi kitorg lepak dekat area bawah & tengah-tengah je so free haha. Basically view dia macam ni

3. Ancient city of Meybod

Kawasan ni boleh tahan besar, so ada a few places yg korang boleh visit. Kalau lapar dekat sini pun ada restaurant nearby. Entrance fee : 150k Riyal

 

YAZD > ESFAHAN

Lepas puas jalan-jalan sehingga penat di Yazd, petang itu kami mengambil bas ke Esfahan. Perjalanan mengambil masa 4-5jam. Tiba sahaja di Esfahan,kami terus ambil teksi ke hotel dan berehat kerana kepenatan.

Esfahan ni cukup kaya dengan seni bini Persian. Oleh itu kami decide untuk jalan-jalan di sekitar Bandar Esfahan untuk lihat sendiri kecantikan Bandar ini. Bawah ni aku senaraikan tempat yang kami kunjungi di Esfahan

1. Hakim Mosque, Esfahan

2.Naghsh-e Jahan Square

3. Sheikh Lotfollah Mosque

Masjid Lotfollah ini dikatakan sebagai masjid paling cantik di dunia. Bayaran masuk ke sini adalah 200k Riyal.

4. Bazaar & perjalanan ke Chehelsotoon

4. Chehelsotoon Palace

 

ESFAHAN > KASHAN

Macam biasa, pada waktu petang kami menaiki bas dari Esfahan ke Kashan. Perjalanan mengambil masa selama 3 Jam. Ticket price : 105k Riyal

Kalau sebut sahaja mengenai Kahan pasti akan terfikir tentang Maranjab Dessert. Selesai sahaja breakfast kami terus keluar untuk mencari pakej ke Maranjab Desert.Pada mulanya kami plan untuk overnight di padang pasir. Namun, disebabkan kami pergi pada musim winter, kami tidapt dibenarkan btidur di padang pasir. Oleh itu, kami memilih untuk tidur di caravansary. Kami telah mengambil Tour Package di kawasan Kashan. Pkaej  tersebut termasuk

Tour package price (Day7) = 30USD / person

– visit Holy Shrine

– Underground city of Nooshabad (not inclusive of entrance fee)

– abandoned fortress (forgot its name😅)

– Sunset @ Maranjab desert

– overnight at Caravansary

– free dinner & breakfast

– Sunrise @ Salt Lake

Memandangkan tour kami start pada waktu tengah hari. Kami decide untuk pergi jalan-jalan sekitar kawasan tu. Berikut adalah list tempat yang kami kunjungi

1. Agha Bozorg Mosque

2.Sheybani’s Museum of Fine Arts

Selepas itu, pada jam 12 pm kami terus pulang ke hotel dan mengikuti pakej yang disediakan. Di bawah ini adalah senarai tempat yang kami kunjungi sebelum ke Maranjab Desert

Underground city of Nooshabad

Abandoned old fortress

Shrine of Hilal ibn Ali

Maranjab Desert

Salt Lake

Abyaneh village (Entrance fee 100k Riyal)

 

Selesai sahaja berjalan di tempat-tempat di atas, kami terus pulang ke Kashan dan menaiki bas ke Tehran. Ticket price ke Tehran adalah 180k Riyal selama 3 jalm perjalanan. Kemudian korang akan turun dekat Southern Bus Terminal. Kemudian, kami terus menaiki Metro dari station Payane Junoob ke Shahed untuk ke Airpost sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

So, akhir kata korang boleh jugak tengok instagram aku iaitu Nabila Asiqin

You may also like...