Home Hotels Reviews

Al Meroz, Hotel Islamik 4 Bintang Yang Perlu Anda Tahu

Selalunya jika sebut sahaja mengenai Bangkok, pasti ramai yang membayangkan bandaraya sesak itu dengan kehidupan hiburan, sosial dan sebagainya. Namun, pernahkah anda terfikir Bandar Bangkok juga mempunyai kesitimewaannya sendiri buat mereka yang mahu bercuti dengan persekitaran islamik. Kali ni aku nak share sebuah hotel di Bangkok yang boleh korang datang, lebih-lebih lagi kalau korang bawa parents yang sangat menitikberatkan isu halal. 

Al Meroz merupakan sebuah hotel 4 bintang baru yang terletak di Ramkhamhaeng yang terletak berdekatan dengan beberapa pusat tarikan pelancongan ke Bangkok. Ia juga terletak berdekatan dengan Lapangan terbang Suvarnabhumi dimana ianya memudahkan pengunjung untuk akses baik ke pusat Bandar dan lapangan terbang dengan menggunakan pengangkutan awam.

Hotel yang diuruskan oleh T.S Family Group ini merupakan hotel pertama yang diiktiraf sebagai hotel yang menerapkan ciri Halal dalam semua factor. Hotel ini dimiliki oleh seorang lelaki yang sangat mencintai ciri-ciri reka bentuk islamik di mana ianya diterapkan di hotel Al Meroz ini.

Al Meroz mempunyai 242 buah bilik berlainan saiz dimana semuanya menerapkan ciri-ciri islamik dengan mempunyai arah kiblat, Al Quran, Sejadah di dalam bilik. Anda pasti teruja sebaik sahaja masuk ke lobi hotel ini dan melihat reka bentuk islamik dan sebuah pokok besar di kawasan lobi. Malah, di Lobi hotel juga terdapat beberapa buah kedai yang menjual busana muslimah, produk muslim dan sebagainya.

Seterusnya, bagi mereka yang sering ragu-ragu dalam memilih makanan dan menitikberatkan ciri halal dalam makanan. Jangan Khuatir kerana restoren di Al Meroz ini adalah 100% Halal. Ianya mempunyai pelbagai jenis hidangan samda masakan thai, sushi, makanan laut dan juga makanan barat. Alkohol juga tidak dihidangkan langsung bagi menghormati status halal di hotel ini.

Oleh itu, bagi mereka yang mahu bercuti di Bangkok tanpa risau mengenai makanan halal, tempat solat dan sebaginya, Al Meroz merupakan hotel yang paling sesuai sekali buat percutian anda.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.