Home Just saying

Adab Dan Cara Couchsurfing Yang Wajib Korang tahu

Sekarang ni, terdapat banyak alternative untuk backpackers untuk melancong dengan cara yang lebih mudah and mencabar. Contohnya sekarang, trend untuk menggunakan ‘couchsurfing’ yang semakin popular. Couchsurfing ini cara dimana traveller akan surf (travel) dan duduk di rumah orang lain. Cara untuk mencari rumah untuk menginap atau untuk menjadi host menyediakan rumah boleh dilakukan dalam web/applikasi couchsurfing. Tetapi tahukah anda, couchsurfing pun ada adabnya? So sebagai orang yang pernah couchsurf, samada sebagai host mahupun traveller, aku nak share adab bila kita couchsurfing

  1. Bagi Notis kat Host Awal

Selalunya kalau nak travel, kita mesti dah ada date kita akan fly dan sebaginya. So, sebaiknya korang hantarlah notis awal kepada host korang tu.Macam aku, aku selalu hantar notis atau send request sebulan/dua bulan awal. Lepastu seminggu atau 2-3 hari sebelum korang sampai tu pun ingatkan host korang jugak! Dengan cara macamtu, takdelah awkward tiba2 je korang dating, host pun tak ready.

  1. Check info tentang host korang

Sebelum korang pergi, better korang check sedikit info tentang host korang. Misalnya, untuk muslim bolehlah check if host korang ada anjing ke tak. And kalau korang takut anjing bolehlah elakkan untuk stay kat situ,. Lepastu untuk perempuan, check host korang tu rumah bujang ke rumah yang ada ramai lelaki.

  1. Gift/souvenirs untuk Host

Rulu couchsurfing ni host tak boleh mintak duit kat guest. So, souvenirs ni kira macam souvenirs la. Benda ni memanglah tak wajib tapi dia ibarat dah lah tak perlu bayar untuk korang punya stay tu so  atleast korang kasilah sesuatu sebagai kenanagan untuk dorang. Macam aku, aku beli kain batik untuk souvenirs and selalu dorang happy. Takpun, kalau korang tak sempat nak beli souvenirs, korang buatlah something untuk host korang. Macam masak makanan melayu ke, takpun tolong kemas halaman rumah dan sebagainya.

  1. Bayar Balik Benda yang korang guna

Host korang memang kasi korang untuk menumpang rumah dia, but it doesn’t mean korang boleh guna barang dia sesuka hati. Contohnya, macam korang guna the atau ubat gigi tu, gantilah balik.

  1. Balik dan keluar rumah pada masa yang sesuai

Kebanyakan host mesti mereka yang bekerja dan sebagainya. So, kadang-kadang dorang taka da kat rumah. Korang bincanglah dengan host korang masa keluar dan balik rumah yang sesuai dengan korang. Contohnya, aku pernah couchsurfing dan host aku ada anak-anak kecil and dia tak selesa kalau aku balik lambat.

  1. Berkawan dan berbaiklah

Dah datang rumah orang tu, jangan lah asyik main handphone je. Sebaliknya korang berborak la and berkawan dengan host korang pun. Dahla korang akan dapat kawan baru lepastu at the same time takdelah awkward kau nak duduk rumah dia. Time aku dulu, punyalah lucky dapat host baik. Anak lelaki host aku ajak pergi tengok bola! (walaupun aku tak faham pasal bola)

  1. Berbaik dan Berkawan dengan Host

Macam mana dorang sediakan tempat masa kau dating, macam tu jugak lah korang patut tinggalkan rumah tu. Kemas bilik, bilik air dan sebagainya sebelum korang pergi.

  1. Offer tempat korang dekat host

Orang dah jaga and layan kita dengan baik, kita pun buatlah benda yang sama. Sebelum korang balik jangan lupa offer tempat korang kat host korang bila dorg nak datang nanti.

  1. Tinggalkan feedback terbaik

Jangan lupa tinggalkan feedback terbaik dekat couchsurfing untuk host korang. Bukan dorang je akan senang dapat guest malah korang pun mudah nak dapat host bila mengemabara lagi

 

You may also like...