Home Travel

5 Tempat Menarik Yang Korang Perlu Cuba di Solo, Indonesia

Ramai di antara kira yang bila sebut je pasal tempat dan budaya Jawa, mesti terbayangkan tentang Yogyakarta. Tapi, tahukah anda, Solo yang terletak kat sebelah Yogya ni pun merupakan sebuah kota yang still simpan pelbagai khazanah dan kisah mengenai Kasunanan Jawa.

Cara Pergi Ke Solo

Cara nak pergi Solo ni sama je lebih kurang macam korang nak ke Jogja. Macam aku, aku naik flight Lion Air JT 287 dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta.Lepastu aku naik pula pesawat Lion Air JT534 ke Lapangan Terbang Adi Soemarmo. Walaupun transit ni menggunakan flight yang sama iaitu Lion Air, tetapi kitorang kena pickup luggage sendiri. Lepas pickup luggage, kena pergi pula ke Gate yang betul.

Tips : Kalau book flight yang bukan direct, make sure korang book time yang ada jarak masa transit tu!

 

1. SOLO MENARI

Actually, tujuan utama aku ke Solo adalah untuk tengok Festival Solo Menari. Oleh sebab Solo ini terkenal sebagai ‘The spirit of Java’, festival Solo Menari ini akan diadakan pada setiap 29 April iaitu pada tarikh hari menari sedunia. Pada hari ini korang dapat melihat beribu-ribu masyarakat Jogja mengenakan busana Jawa dan ribuan penari akan menari tarian Jawa. Pada tahun ini, kitorang cukup bertuah kerana berkesempatan melihat lebih kurang 5000 penari perempuan menari Gambyon dan mencatat rekod jumlah penari terbanyak sepanjang festival ini diadakan.

 

2. SEPUR KLUTHUK JALADARA (STEAM LOCO TOUR)

Masa aku kat Solo ni, actually aku agak hairan sebab ternampak trek landasan keretapi di tengah-tengah jalanraya. Mula-mula aku ingat Solo ni ada TRAM tapi rupanya ianya merupakan keretapi steam locomotive bernama Sephur Kluthuk Jaladara.

Sephur Kluthuk Jaladara ni merupakan salah satu tarikan yang menarik untuk korang cuba jika berkunjung ke Solo. Ia merupakan keretapi steam yang bergerak dengan menggunakan kayu jati! Keretapi ini mempunyai dua gerabak yang mempunyai reka bentuk interior yang diperbuat daripada kayu dan boleh memuatkan hingga 72 orang.

So, kalau naik keretapi ni, korang akan pusing mengelilingi kota solo dan berhenti di beberapa tempat tarikan pelancong di Solo seperti Laweyan, Gladag, Pasar Klewer dan sebagainya. Sepanjang dalam keretapi ini, korang akan didendangkan dengan penyanyi yang menyanyi iramaa lagu ‘Bengawan Solo’. Tak cukup dengan itu, dorang akan kasi korang makan ‘Serabi’ and minum Jamu Kencur. Jamu kencur ni actually memang sihat and membuatkan nampak muda tekak aku tak dapat nak terima sebab rasanya agak pekat!

Harga : Oleh sebab Keretapi steam ni tak dibuka pada public, korang cuma boleh naik kalau ada dalam jumlah yang banyak je sebab satu keretapi berharga Rs 3,250,000 okay! Harga ni agak mahal kerana ianya bergerak secara manual dan perlu bakar kayu Jati. So, kalau kongsi ramai-ramai, korang bolehlah try keretapi ni denga bayaran Rs 150,000 hingga Rs 360,000 dan boleh book di Stesen Keretapi Purwosari

 

3. KASUNANAN SURAKARTA

Kasunan Surakarta merupakan salah satu tempat yang merupakan ikon kepada Kota Solo. Bagi korang yang meminati sejarah terutama sekali tentang sejarah solo dan jawa, Kasunanan Surakarta ini merupakan salah sebuah tempat menarik yang wajib korang pergi! Istana Kasunanan ini berwarna biru putih dan pengunjung boleh menikmati keindahan seni bina, senjata, hasil seni dan sebaginya kat sini. Kalau siapa yang minat fotografi tu, jangan lupa pakai macam masyarakat Jawa masa datang sini.

Kasunanan Surakarta dibuka setiap hari dari pukul 09.00 pagi  hingga 2 petang kecuali hari Jumaat. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, Kasunanan ini dibuka sampai pukul 1 petang je. Pengunjung akan dikenakan bayaran Rp6.000 pada hari biasa dan Rp7.000 untuk weekends.

 

4. PASAR GEDE

Untuk siapa yang suka pergi pasar and minat ‘street food’, Pasar gede ni mesti jadi tempat favourite korang. Pasar ni menawarkan berbagai jenis makanan dan jajanan khas dari Solo dengan harga murah. Kat sini, Pengunjung dapat membeli jajanan tradisional macam gethuk, cenil, gempol pleret, serta hidangan ketupat Solo bernama cabuk rambak.

Pasar Gede ini terletak di Jalan Urip Sumoharjo. Ianya dibuka mulai pukul 6.00 pagi hingga 5 petang. Lokasi pasar ini juga cukup strategik kerana pengunjung boleh melihatan kesibukan kota solo dan berjumpa perlbagai warung dan restoran menjual makanan yang sedap dekat area ni.

 

5. CANDI SUKUH

Antara tempat yang paling aku suka sepanjang di Solo adalah Candi Sukuh. Candi ini terletak di Desa Sukuh, Karanganyar dan merupakan candi yang terkenal di Solo. Candi ini boleh dikatakan  unik sebab kat sini korang dapat tengok ukiran bentuk badan manusia and bentuk lingga dan yoni yang melambangkan alat kelamin lelaki dan perempuan. Ukiran-ukiran ini merupakan sebahagian daripada tinggalan sejarah yang dipercayai digunakan untuk upacara spiritual bagi masyarakat zaman dulu. Candi ini juga berbentuk seperti pyramid dan dikelilingi oleh kawasan hijau dan ianya terletak di atas bukit.

Candi Sukuh dibuka dari pukul 7 pagi hingga 5 petang pada setiap hari. Cara nak ke Candi ini juga senang sebab ada banyak public bas atau angkut-angkut yang membawa pelancong ke sini dari Kota Solo.  Pengunjung yang datang akan dikenakan bayaran sebanyak Rp7.500 untuk masuk ke Candi ini. Untuk korang yang datang memakai seluar pendek, korang akan diberikan kain untuk masuk ke sini.

 

6. KEBUN THE KEMUNING

Tak jauh dari Candi Sukuh tadi, ada sebuah kebun teh yang korang harus singgah. Kebun teh tu dipanggil sebagai Kebun Teh Kemuning yang terletak di  lereng Gunung Lawu. Kebun ini menawarkan pemandangan kebun teh menghijau. Kat sini juga, udara sejuk and nyaman! Korang boleh juga lepak di kafe Rumah Teh Ndoro Ndonker yang ada dekat area ni. Sambil-sambil korang lepak tu, korang bolehlah minum teh segar and try dessert yang ada kat sini.

 

 

You may also like...