Home Travel

5 Perkara Perlu Tahu untuk Berlayar dengan Star Cruise Asia

Kita selalu mendengar yang “The voice of the sea speaks to the soul” dimana berada di tengah lautan adalah masa yang indah untuk kita terokai Jadi, kali ini saya mencuba pengalaman baru iaitu untuk travel sambil bercuti di atas cruise bersama Star cruise Asia!

Jika dulu Starcruise Cuma berlayar dari Pulau Pinang, kalini mereka telah ugrade kan perkhidmatan dimana pelayaran akan bermula dari Pelabuhan. Jadi, senanglah untuk warga Kuala Lumpur dan yang berada di sekitar untuk berlayar dengan Starcruise Asia. Tambahan, pakej destinasinya yang menarik dan harganya berpatutan pasti membuatkan percutian anda berbaloi. Jadi di bawah ini saya nak share sikit mengenai percutian saya selama 5 hari 4 malam di Starcruise Libra ke Klang-Langkawi-Phuket-Klang.

  1. Urusan Check in

Urusan check-in ke dalam cruise ini lebih kurang sama dengan check-in ke kapal terbang. Faktor keselamatan setiap yang meniki cruise ini amatlah diambil kira. Semasa check in, setiap penumoang akan diberi access card yang mempunyai nama masing-masing pada kad. Access card ini bukan sahaja digunakan untuk masuk ke bilik anda, tetapi ia digunakan sepanjang masa untuk setiap aktiviti di atas cruise. Anda perlu swap kad itu setiap kali mahu keluar dan masuk kapal, malah ianya turut digunakan setiao kali waktu makan atapun anda mahu membeli sesuatu di atas kapal. Senang cerita, atas kapal nanti anda tak perlu membawa dompet kehulu-hilir, anda cuma perlu bawa access card ni je dalam poket!

2. Jenis Cabin

Terdapat banyak jenis pilihan kabin untuk penumpang seperti inside stateroom, oceanview cabin, deluxe oceanview, suites dan sebagainya. Jadi, anda boleh memilih jenis cabin ini mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Cabin yang disediakan boleh dikatakan kecil namun sangat lengkap dengan fasiliti bilik. Pada percutian kali ini saya menetap di Ocean View Cabin yang terletak di tingkat 8. Pada pendapat saya, bilik ini sangatlah selesa. Malah, ianya  dikemas pada setiap hari setiap kali saya turun dari kapal. Menariknya, walaupun berada di tengah lautan, siaran televisyen dan wifi kapal masih efisyen.

 

3. Makanan

Makanan di atas kapal ini adalah benda paling best di atas cruise ini. Menurut dull day itineraries, setiap penumpang dapat menikmati makanan mereka sebanyak 4 kali sehari (Breakfast, lunch, dinner,supper) . Terdapat pelbagai jenis restoran yang terdapat di atas kapal ini, dari makanan Asia, barat, masakan cina, jepun sehinggalah restoran halal. Namun, saya banyak menikmati makanan di Mariner Deck di tingkat 9 kerana ianya merupakan buffet yang menghidangkan begitu banyak menu dan semasa sailing party ketika hari pertama pelayaran, seafood yang dihidangkan sangat memikat selera saya!

Bagi mereka yang beragama islam pula, anda tidak perlu risau kerana terdapat sebuah restoran yang dijamin halal iaitu restoran Spices. Restoran ini menghidangkan makanan Malaysia dan saya beri 5 star untuk setiap hidangan kerana ianya sungguh sedap! Jangan lupa try sambal udang petai dan gulai lemak ikan jika anda berkesempatan makan di restoran ini!

4. Fasiliti & Aktiviti

Fasiliti dan aktiviti sepanjang pelayaran ini paling tip-top dan menarik untuk semua penumpang. Sepanjang berada di atas cruise ini, pelbagai aktiviti yang dapat saya gunakan seperti swimming pool Jacuzzi, gymnasium, Karaoke, salon, spa, jogging track dan sebagainya. Malah, terdapat pelbagai nshow dan on-board entertainment seperti persembahan, tarian dan macam-macam lagi! Setiappenumpang boleh mengikuti aktiviti di atas cruise dengan melihat ‘Star Navigator’ yang akan update tentang aktiviti dan on-board entertainment pada setiap hari.

Jadi, anda tidak akan bosan kerana selain menikmati sunset dan sunrise di tengah lautan, anda juga dapat berhibur di atas Starcruise ini!

 

5. Aktiviti di setiap destinasi berlabuh

Setiap destinasi yang dituju, penumpang boleh memilih untk turun dan berjalan-jalan di sekitar itu atau hanya beristirehat di atas cruise. Setiap penumpang hanya perlu swap untuk keluar dan masuk. Bagi mereka yang keluar, anda akan diberikan kertas jadual waktu cruise akan berlayar semula. Oleh itu, anda hanya perlu menepati masa dan bolehlah melakukan aktiviti anda sendiri setiap kali turun di destinasi-destinasi ncruise berlabuh.

 

Ini sahaja perkongsian saya mengenai percutian bersama Starcruise Asia ini.  Sebaga orang yang sukakan lautan, ini merupakan antara pengalaman paling indah saya. Ianya sedikit sebanyak seperti masa saya bersama sea, sun and star. Pada waktu siang, saya dapat melihat lautan biru dan merasa angin laut, manakala waktu malam pula saya dapat berbaring di deck sambil melihat bintang dan mendengar bunyi deruam ombak. Jadi tunggu apa lagi, Lets sail away!

You may also like...